REFLEKSI

 
Alhamdulillah...
 
Dengan izin dan limpah kurniaNya, pembelajaran BMBK BMM2054 ini banyak memberikan impak positif dalam pembentukkan keperibadian dan intelektual saya dalam bidang pengajaran. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer memberikan intipati pendekatan, teknik, strategi serta perancangan yang lebih efisyen dan melangkaui kurikulum melalui penggabingjalinannya dengan Pengajaran Bahasa Melayu.
    Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat kedua-dua mentor program kursus ini iaitu En. Haji Abdul Latib bin Abdul Rahman dan Juga En. Nor Azam bin Ariffin. kedua-dua mentor ini telah berjaya memberikan kesan dalam konteks membuka pandangan yang lebih luas tentang bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas itu mampu menjadi lebih baik dan menyeronokkan. Saya berharap agar pengisisan yang diterapkan sepanjang kursus ini dapat saya manfaatkan sebaik mungkin dalam proses PdP saya di sekolah nanti. Sekian, Wallahu a'lam